Aceh; kita hanya kaitkan dengan tsunami walhal ada 31 tempat menarik di Aceh khusus untuk melancong bersama keluarga. Aceh semuai bagi yang pentingkan ketenangan, keaslian, mesra poket, dan pastinya makanan halal senang dapat. Berdasarkan pengalaman sebenar dan data rasmi dari Rayhar Travel serta Dinas Kebudayaan & Pariwisata Aceh, kini kita didedahkan kepada pelbagai lokasi merangkumi warisan, tropika, budaya, rekreasi dan keluarga di sana
Namun ramai sangat yang beranggapan Aceh ni terlalu konservatif atau hanya sesuai untuk back packers. Benar di Aceh ada muzium tsunami tapi berdasarkan Buku Panduan Pelancongan Aceh 2023 kini sudah ada lebih 140 lokasi pelancongan. Majoritinya mesra keluarga. Makanan halal juga mudah, tidak seperti di Bali atau di Hatyai.
Artikel ini disusun khusus untuk anda jadikan senarai semak tempat menarik di Aceh mengikut kategori. Mudah untuk anda nak pilih pakej pelancongan halal, selamat dan bermakna lagi-lagi dengan Rayhar Travel.
“Jumlah pelancong dari Malaysia ke Aceh meningkat saban tahun sejak sempadan dibuka. Ini menandakan keyakinan terhadap destinasi ini semakin kukuh.”
— Laporan Rasmi Disbudpar Aceh 2023, ms. 11