Ramai rakyat Malaysia menganggap Jogjakarta merupakan destinasi bosan dan hanya sesuai untuk pelajar atau pencinta seni walhal terdapat sekurang-kurangnya 12 tempat menarik di Jogjakarta. Sebenarnya percutian selama 4 hari 3 malam pun sudah cukup untuk cover tempat-tempat utama seperti Gunung Merapi dan lorong happening 24 jam Malioboro Street.
Ada juga yang menganggap Jogjakarta tidak sepopular Bali atau Bandung kerana faktor tidak semeriah dan shopping vibe yang tidak setaraf destinasi lain. Namun stigma ini tidak berasas. Dengan maklumat yang betul dan perancangan rapi lagi-lagi menerusi agensi seperti Rayhar Travel, trip ke Jogja pasti menjadi memori terindah bersama keluarga, rakan atau pasangan.
Perkongsian ini adalah hasil experience sebenar dan pengalaman kami menguruskan trip rakyat Malaysia yang melancong ke Jogjakarta sejak tahun 1990 hingga kini.
Di bawah sedikit sebanyak merungkai mitos negatif dan membuka mata anda terhadap keindahan dan pengalaman tersendiri di Jogja. Jika anda sedang mencari tempat menarik di Jogjakarta, bookmark terus artikel ini sebelum melancong ke Jogjakarta.