Sudah ramai pelancong Malaysia ke permata tersembunyi Indonesia namun apakah mereka semua telah pergi kesemua tempat menarik di Lombok? Ramai beranggapan Lombok adalah “Bali versi murah”, sesuai untuk backpackers, dan pakej yang tidak berbaloi kerana sekadar menawarkan percutian tropikal dan alam semula lagi.
Sehingga ada yang bertanya sinis “Selain pantai tercantik, apa yang best sangat sampai ramai kata Lombok macam syurga?” Persepsi ini menyebabkan ramai terlepas peluang untuk benar-benar merasai dan experience Lombok sepenuhnya. Kata kuncinya itu ‘syurga’ dan syurga semestinya tiada cacat cela. Ramai yang tidak tahu yang selain pantai eksotik, gunung menghijau buat jiwa pengembara, Lombok juga menawarkan vibe moden penuh budaya dan semestinya destinasi makanan halal. Pendek kata, Lombok merupakan destinasi untuk semua termasuk mereka yang berkeluarga.
Artikel ini akan mengupas tempat menarik di Lombok yang wajib dikunjungi pada tahun 2025 termasuk tips, cadangan waktu terbaik, dan jarak dari pusat bandar. Dengan cara ini anda dapat jimat masa dan kos semasa merancang percutian sempurna.
“Lombok adalah alternatif kepada Bali yang lebih tenang, penuh dengan keindahan alam semula jadi, budaya tulen, dan kehangatan masyarakatnya.” – Lonely Planet, 2024