Di Rayhar Travels, kami memahami bahawa setiap jemaah membawa harapan, niat, dan keperluan tersendiri dalam impian menunaikan ibadah Umrah. Justeru, kami menyusun pelbagai pakej Umrah komprehensif dan fleksibel untuk individu, keluarga dan kumpulan. Kami sentiasa berusaha dan komited dalam memenuhi pelbagai keperluan – daripada keselesaan penginapan, kemudahan perjalanan, hingga kepada bimbingan rohani yang menyeluruh.
Pakej Umrah Musim Biasa adalah pilihan ideal bagi anda yang mencari pengalaman ibadah yang lebih tenang dengan harga yang berpatutan. Musim biasa merujuk kepada tempoh perjalanan Umrah selain daripada musim cuti sekolah atau bulan Ramadhan, di mana pembekal seperti pihak hotel, pengangkutan, dan syarikat penerbangan tidak mengenakan kadar harga musim puncak.
Ini menjadikan harga pakej lebih sesuai dan membolehkan anda menunaikan ibadah dengan lebih selesa tidak seperti pada musim puncak, sambil menikmati kelebihan kos yang lebih. Pilihlah pakej yang paling sesuai dengan impian anda!







