Di Rayhar Travels, kami memahami bahawa setiap jemaah membawa harapan, niat, dan keperluan tersendiri dalam impian menunaikan ibadah Umrah. Justeru, kami menyusun pelbagai pakej Umrah komprehensif dan fleksibel untuk individu, keluarga dan kumpulan. Kami sentiasa berusaha dan komited dalam memenuhi pelbagai keperluan – daripada keselesaan penginapan, kemudahan perjalanan, hingga kepada bimbingan rohani yang menyeluruh.
Pakej Umrah Cuti Sekolah ini, ia dikategorikan sebagai musim puncak (peak season) di mana kadar harga dari hotel, syarikat pengangkutan, dan syarikat penerbangan adalah lebih tinggi. Oleh itu, kami telah menyusun pelbagai pakej yang direka khas untuk memastikan pengalaman ibadah anda di Tanah Suci berjalan lancar, selesa, dan penuh lancar, walaupun dalam musim cuti sekolah yang sibuk ini.
Pilihlah pakej yang paling sesuai dengan impian anda!







