Harga Pakej Promosi

Di Rayhar Travels, kami memahami bahawa setiap jemaah membawa harapan, niat, dan keperluan tersendiri dalam impian menunaikan ibadah Umrah. Justeru, kami menyusun pelbagai pakej Umrah komprehensif dan fleksibel untuk individu, keluarga dan kumpulan.

Kami sentiasa berusaha dan komited dalam memenuhi pelbagai keperluan – daripada keselesaan penginapan, kemudahan perjalanan, hingga kepada bimbingan rohani yang menyeluruh.

Istimewanya, kami juga menawarkan pakej-pakej promosi yang direka untuk memberikan nilai terbaik dan penjimatan hebat agar impian anda menjejakkan kaki ke Tanah Suci menjadi lebih mudah dicapai.

Pilihlah pakej yang paling sesuai dengan impian anda!

Kursus Umrah Percuma Sebelum Berangkat

Bimbingan Komprehensif di Tanah Air dan Tanah Suci

Pasukan Khidmat Sokongan On-Ground Di Madinah Dan Makkah

Alat Bantuan Komunikasi Semasa Perlaksanaan Tawaf Dan Saei

Pengangkutan Bas Selesa Berhawa Dingin

Air Zamzam 5 Liter Percuma Setiap Jemaah

9 Item Cenderahati Eksklusif (Pakej Biasa)

7 Item Cenderahati Eksklusif (Pakej Jimat & Ekonomi)

PAKEJ JIMAT - DARI RM 4,950

Pakej JIMAT adalah jawapannya. ia direka khusus untuk anda yang mempunyai had bajet tertentu tetapi masih mementingkan pengalaman ibadah yang lengkap. Pilihan ideal untuk mereka yang bersedia untuk sedikit penyesuaian dari segi kemudahan dan jarak penginapan demi menunaikan ibadah Umrah dengan kos yang jauh lebih rendah.

Jarak Hotel Makkah

Sekitar ±1500 – 2000 meter dari Masjidil Haram, dengan perkhidmatan bas shuttle berjadual ke Masjidil Haram yang disediakan untuk kemudahan anda.

Jarak Hotel Madinah

Sekitar ±300 – 450 meter dari Masjid Nabawi.

Tanpa Sajian Makanan Disediakan

Nikmati kebebasan untuk memilih makanan sendiri – sesuai untuk pelbagai bajet dan citarasa.

Sesuai Untuk

✅ Jemaah yang mementingkan penjimatan kos.
✅ Sanggup berjalan sedikit atau menaiki shuttle.
✅ Selesa menguruskan makan minum sendiri.
✅ Mahu pengalaman Umrah yang fokus pada ibadah asas dan ziarah utama.

Tempah Pakej Jimat

PAKEJ EKONOMI - DARI RM 5,290

Pakej EKONOMI adalah pilihan nilai terbaik untuk anda! Kami menyediakan pakej ini khas bagi Jemaah yang mahukan keseimbangan antara bajet yang berpatutan dan kemudahan yang selesa untuk beribadah dengan tenang.

Jarak Hotel Makkah

Sekitar ±500 – 750 meter dari Masjidil Haram. Boleh ke Masjidil haram dengan berjalan kaki secara santai .sesuai untuk Jemaah yang tiada masalah kesihatan.

Jarak Hotel Madinah

Sekitar ±300 – 400 meter dari Masjid Nabawi. Lokasi masjid yang dekat dan selamat untuk solat berjemaah 5 waktu.

Sajian Makanan: FULLBOARD

3 kali sehari (sarapan, makan tengah hari & makan malam). Disediakan di kedua-dua lokasi – membantu jemaah kekal bertenaga & tidak perlu risau soal makan.

Sesuai Untuk

✅ Jemaah yang mahukan lokasi hotel yang praktikal dan mudah diakses.
✅ Perlukan makanan yang teratur setiap hari.
✅ Mengutamakan nilai dan keselesaan sederhana dalam bajet yang berpatutan.

Tempah Pakej Ekonomi

PAKEJ SEDERHANA - DARI RM 6,990

Pakej SEDERHANA adalah jemputan kami yang keseimbangan antara harga dan jarak. Dengan jarak lokasi hotel yang lebih ideal dengan sajian lengkap, ia membolehkan anda menumpukan sepenuh hati kepada ibadah tanpa sebarang gangguan logistik dan keperluan harian. Nikmati suasana yang ideal dengan Baitullah, di mana setiap detik langkah ke masjid begitu berharga.

Jarak Hotel Makkah

Sekitar ±300 – 450 meter dari Masjidil Haram. Hanya beberapa minit berjalan kaki ke masjid – sesuai untuk jemaah semua peringkat usia(tidak digalakkan jka berkerusi roda).

Jarak Hotel Madinah

Sekitar ±300 – 350 meter dari Masjid Nabawi. Jarak yang selesa, memudahkan ibadah dan ziarah.

Sajian Makanan: FULLBOARD

3 kali sehari (sarapan, makan tengah hari dan malam). Disediakan di kedua-dua hotel –sajian makanan lengkap memudahkan anda lebih fokus kepada ibadah.

Sesuai Untuk

✅ Jemaah yang inginkan jarak hotel yang sederhana dekat dan mudah ke masjid.
✅ Mahukan sajian makanan lengkap.

Tempah Pakej Sederhana

PAKEJ STANDARD JIMAT - DARI RM 8,290

Pakej STANDARD JIMAT adalah janji kami untuk mendekatkan anda ke Masjidil Haram tanpa beban harga yang terlalu tinggi. Ini adalah pilihan yang bijak, memberikan anda kelebihan lokasi hotel yang strategik di Makkah, agar perjalanan ulang-alik ke Baitullah menjadi lebih mudah dan optimum.

Jarak Hotel Makkah

±100 – 150 meter dari Masjidil Haram. Langkah keluar hotel, terus menuju ke Baitullah.

Jarak Hotel Madinah

±300 – 350 meter dari Masjid Nabawi. Dekat dan mudah untuk ke masjid tanpa perlu berjalan jauh.

Sajian Makanan: FULLBOARD

3 kali sehari – sarapan, makan tengah hari & makan malam. Membantu anda kekal bertenaga dan fokus kepada ibadah.

Sesuai Untuk

✅ Jemaah yang utamakan lokasi paling hampir di Makkah.
✅ Perlukan sajian makanan lengkap tanpa perlu mencari sendiri.
✅ Mahukan gabungan strategik antara penjimatan dan keselesaan.

Tempah Pakej Standard Jimat

PAKEJ STANDARD DALLAH - DARI RM 8,890

Inilah permata di antara pakej kami, pilihan yang seringkali menjadi jawapan kepada impian ramai jemaah. Pakej STANDARD DALLAH adalah keseimbangan sempurna antara nilai yang hebat, keselesaan yang mencukupi, dan lokasi yang dekat di kedua-dua kota suci. Ia menawarkan penginapan yang sangat selesa dan hampir di Madinah, serta kedudukan yang dekat di Makkah, tanpa membawa anda ke kategori harga ‘mewah’. Ini adalah pakej yang direka untuk jemaah yang mencari pengalaman Umrah yang lancar, tenang, dan berbaloi dari setiap aspek.

Jarak Hotel Makkah

Sangat dekat, hanya sekitar 100 – 150 meter dari Masjidil Haram.

Jarak Hotel Madinah

Amat dekat, hanya sekitar 80 – 150 meter dari Masjid Nabawi, Kedua-dua hotel memberikan akses mudah dan pantas ke masjid, menjadikan ibadah anda lebih lancar dan fokus.

Sajian Makanan: FULLBOARD

3 kali sehari di kedua-dua hotel, Membolehkan Jemaah fokus untuk beribadah dan solat 5 waktu di Masjil haram dan Masjid Nabawi tanpa buang masa untuk mencari tempat makan.

Sesuai Untuk

✅ Gabungan terbaik antara harga, keselesaan dan lokasi.
✅ Jarak hotel yang dekat membolehkan Jemaah mengoptimumkan masa beribadah dan solat 5 waktu di Masjidilharam dan Masjid Nabawi.
✅ Sangat disyorkan untuk semua peringkat usia dari warga emas dan ahli keluarga yang membawa anak-anak kecil.

Tempah Pakej Standard Dallah

PAKEJ SAFWAH JIMAT - DARI RM 7,950

Apakah impian anda adalah untuk sentiasa berada sehampir mungkin dengan Kaabah? Pakej SAFWAH JIMAT menjadikan impian itu realiti. Anda akan menginap di hotel yang paling dekat dengan Masjidil Haram di Makkah, membolehkan anda berulang-alik dengan pantas untuk setiap waktu solat. Pakej ini adalah pintu ke kepada yang paling pakej yang paling dekat, dengan tawaran yang lebih berbaloi.

Jarak Hotel Makkah

Paling dekat, hanya sekitar 50 – 80 meter dari Masjidil Haram.

Sajian Makanan Makkah

Sarapan pagi sahaja. Lebih fleksibel dan menjimatkan.

Jarak Hotel Madinah

Sekitar 250 – 350 meter dari Masjid Nabawi.

Sajian Makanan Madinah

3 kali sehari.

Sesuai Untuk

✅ Jemaah yang mengutamakan lokasi hotel yang terdekat ke Masjidil Haram di Makkah sebagai keutamaan.
✅ Selesa dengan pilihan sarapan sahaja di Makkah untuk penjimatan.

Tempah Pakej Safwah Jimat

PAKEJ SAFWAH DALLAH - DARI RM 9,590

Pakej SAFWAH DALLAH adalah pilihan eksklusif bagi jemaah yang mahukan akses tanpa halangan ke Baitullah , dalam masa yang sama menikmati keselesaan penuh sepanjang perjalanan ibadah anda. Inilah pakej terbaik dari rangkaian pakej yang kami tawarkan bagi Jemaah yang mahukan penginapan selesa di lokasi Premium. Dengan gabungan lokasi paling strategik di Makkah dan Madinah, anda tidak perlu risau tentang masa perjalanan, sebaliknya boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah.

Jarak Hotel Makkah

Paling dekat, hanya sekitar 50 – 80 meter dari Masjidil Haram.

Jarak Hotel Madinah

Amat dekat, hanya sekitar 80 – 150 meter dari Masjid Nabawi.

Sajian Makanan

3 kali sehari di kedua-dua hotel.

Sesuai Untuk

✅ Semua peringkat umur – termasuk keluarga, pasangan, dan individu.
✅ Jemaah warga emas atau mereka yang sukar berjalan jauh.
✅ Jemaah yang mengutamakan kemudahan, keselesaan dan jarak paling hampir ke masjid.
✅ Mereka yang mahu pengalaman Umrah yang tenang, lancar dan terurus sepenuhnya.

Tempah Pakej Safwah Dallah

PAKEJ PREMIUM SELESA - DARI RM 11,190

Ini adalah puncak penawaran kami – Pakej PREMIUM SELESA. Direka Khas untuk Keselesaan dengan Penginapan Eksklusif di lokasi premium Bertaraf 5 Bintang di Makkah dan Madinah. Pilihan terbaik untuk anda yang mengutamakan ketenangan, kemudahan, dan keselesaan penginapan yang eksklusif sepanjang perjalanan Umrah. Jarak hotel yang sangat dekat ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan memastikan anda memperolehi waktu ibadah yang sangat optimum.

Jarak Hotel Makkah

Sepaling hampir, hanya sekitar 50 – 80 meter dari Masjidil Haram. Servis hotel bertaraf premium, dengan kemudahan lengkap.

Jarak Hotel Madinah

Amat berhampiran, hanya sekitar 80 – 100 meter dari Masjid Nabawi. Servis hotel bertaraf premium, dengan kemudahan lengkap.

Sajian Makanan

3 kali sehari di kedua-dua hotel.

Keistimewaan Tambahan

Selain lokasi hotel yang terdekat, pemilihan penginapan yang lebih berkualiti dan sajian international fullboard.

Sesuai Untuk

✅ Anda yang ingin perjalanan dan pilihan hotel lebih eksklusif dan premium.
✅ Anda yang mahukan jarak hotel yang sangat dekat dengan Haramain.
✅ Anda yang mahukan perkhidmatan penginapan dan sajian yang terbaikJemaah yang mencari pengalaman Umrah yang lebih eksklusif dan selesa, di mana setiap aspek perjalanan diatur dengan teliti untuk ketenangan minda.

Tempah Pakej Premium Selesa

1. Adakah kami akan ditemani mutawwif berpengalaman sepanjang ibadah umrah?

Ya. Mutawwif yang mengetuai perjalanan ibadah umrah jemaah Rayhar Travels adalah mutawwif yang terlatih dan melepasi piawaian pemilihan yang ketat.

2. Adakah Rayhar Travels berdaftar dengan MOTAC?

Ya. Rayhar Travels Sdn Bhd mempunyai lesen pelancongan rasmi dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dengan No. Lesen 1814.

3. Saya dapat peluang berapa kali solat di Raudah?

Slot untuk masuk ke Raudah adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat semasa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

4. Adakah Rayhar Travels boleh dipercayai?

Ya. Rayhar Travels telah beroperasi sejak tahun 1990 dan mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan jemaah haji dan umrah. Kami mempunyai lesen dan pendaftaran rasmi, serta merupakan ahli Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan International Air Transport Association (IATA) (untuk tiket penerbangan).

5. Rayhar Travel ada kursus Umrah untuk keluarga?

Ya. Kursus Umrah terbuka anjuran Rayhar Travels memberi ruang kepada seisi keluarga dan individu untuk bersama-sama mendalami ilmu serta membuat persediaan rapi sebelum ke Tanah Suci.

6. Apa kelebihan Rayhar berbanding agensi lain?

Kelebihan Rayhar Travels adalah:

  • Pengalaman Luas: Memiliki pengalaman lebih 30 tahun, membolehkan kami memahami setiap selok-belok perjalanan ibadah.
  • Pelbagai Pilihan Pakej: Menawarkan pelbagai pakej mengikut keselesaan dan kemampuan.
  • Bimbingan Ibadah: Setiap perjalanan disertai mutawwif dan guru agama yang berpengalaman.
  • Jaminan Penerbangan: Kerjasama strategik dengan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines memastikan jadual penerbangan lebih teratur dan terjamin.

7. Macam mana cara nak buat bayaran atau tempahan?

Tempahan boleh dibuat secara Online atau hadir ke pejabat Rayhar Travels yang berhampiran.

8. Adakah Vaksin ACYW-135 diwajibkan?

Ya, vaksin meningokokus ACYW-135 (meningitis) diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk semua jemaah yang ingin menunaikan umrah atau haji. Meskipun tiada penegasan yang dibuat, namun Rayhar Travels sangat menyarankan semua jemaah agar mendapatkan suntikan ini. Ia bertujuan bagi melindungi jemaah daripada jangkitan penyakit meningitis (radang selaput otak) yang boleh tersebar di kawasan sesak seperti Tanah Suci.

9. Adakah Vaksin COVID-19 diwajibkan?

Buat masa ini, Kerajaan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan vaksin COVID-19 untuk jemaah umrah.
Namun, vaksinasi lengkap tetap digalakkan sebagai langkah perlindungan kesihatan, terutama bagi warga emas atau jemaah yang mempunyai masalah kesihatan.

Rayhar Travels tetap mengesyorkan jemaah mengambil vaksin COVID-19 sebelum berangkat bagi memastikan perjalanan dan ibadah berlangsung dengan lebih selamat dan lancar.