Harga Pakej Ramadhan

Di Rayhar Travels, kami memahami bahawa setiap jemaah membawa harapan, niat, dan keperluan tersendiri dalam impian menunaikan ibadah Umrah. Justeru, kami menyusun pelbagai pakej Umrah komprehensif dan fleksibel untuk individu, keluarga dan kumpulan. Kami sentiasa berusaha dan komited dalam memenuhi pelbagai keperluan – daripada keselesaan penginapan, kemudahan perjalanan, hingga kepada bimbingan rohani yang menyeluruh.

Bagi perjalanan di bulan Ramadhan, yang merupakan musim puncak (peak season), kami telah mengambil kira kadar harga musim puncak dari pihak hotel, syarikat pengangkutan, dan syarikat penerbangan. Pakej Umrah Ramadan kami direka khusus untuk menawarkan nilai terbaik meskipun dalam tempoh permintaan tinggi ini, memastikan ibadah anda di bulan yang mulia ini dapat dilaksanakan dengan sepenuh hati dan ketenangan.

Pilihlah pakej yang paling sesuai dengan impian anda!

Kursus Umrah Percuma Sebelum Berangkat

Bimbingan Komprehensif di Tanah Air dan Tanah Suci

Pasukan Khidmat Sokongan On-Ground Di Madinah Dan Makkah

Alat Bantuan Komunikasi Semasa Perlaksanaan Tawaf Dan Saei

Pengangkutan Bas Selesa Berhawa Dingin

Air Zamzam 5 Liter Percuma Setiap Jemaah

9 Item Cenderahati Eksklusif (Pakej Biasa)

7 Item Cenderahati Eksklusif (Pakej Jimat & Ekonomi)

PAKEJ SEDERHANA - DARI RM 6,990

Pakej SEDERHANA adalah jemputan kami yang keseimbangan antara harga dan jarak. Dengan jarak lokasi hotel yang lebih ideal dengan sajian lengkap, ia membolehkan anda menumpukan sepenuh hati kepada ibadah tanpa sebarang gangguan logistik dan keperluan harian. Nikmati suasana yang ideal dengan Baitullah, di mana setiap detik langkah ke masjid begitu berharga.

Jarak Hotel Makkah

Sekitar ±300 – 450 meter dari Masjidil Haram. Hanya beberapa minit berjalan kaki ke masjid – sesuai untuk jemaah semua peringkat usia(tidak digalakkan jka berkerusi roda).

Jarak Hotel Madinah

Sekitar ±300 – 350 meter dari Masjid Nabawi. Jarak yang selesa, memudahkan ibadah dan ziarah.

Sajian Makanan: FULLBOARD

3 kali sehari (sarapan, makan tengah hari dan malam). Disediakan di kedua-dua hotel –sajian makanan lengkap memudahkan anda lebih fokus kepada ibadah.

Sesuai Untuk

✅ Jemaah yang inginkan jarak hotel yang sederhana dekat dan mudah ke masjid.
✅ Mahukan sajian makanan lengkap.

Tempah Pakej Sederhana

PAKEJ STANDARD JIMAT - DARI RM 8,290

Pakej STANDARD JIMAT adalah janji kami untuk mendekatkan anda ke Masjidil Haram tanpa beban harga yang terlalu tinggi. Ini adalah pilihan yang bijak, memberikan anda kelebihan lokasi hotel yang strategik di Makkah, agar perjalanan ulang-alik ke Baitullah menjadi lebih mudah dan optimum.

Jarak Hotel Makkah

±100 – 150 meter dari Masjidil Haram. Langkah keluar hotel, terus menuju ke Baitullah.

Jarak Hotel Madinah

±300 – 350 meter dari Masjid Nabawi. Dekat dan mudah untuk ke masjid tanpa perlu berjalan jauh.

Sajian Makanan: FULLBOARD

3 kali sehari – sarapan, makan tengah hari & makan malam. Membantu anda kekal bertenaga dan fokus kepada ibadah.

Sesuai Untuk

✅ Jemaah yang utamakan lokasi paling hampir di Makkah.
✅ Perlukan sajian makanan lengkap tanpa perlu mencari sendiri.
✅ Mahukan gabungan strategik antara penjimatan dan keselesaan.

Tempah Pakej Standard Jimat

PAKEJ STANDARD DALLAH - DARI RM 8,890

Inilah permata di antara pakej kami, pilihan yang seringkali menjadi jawapan kepada impian ramai jemaah. Pakej STANDARD DALLAH adalah keseimbangan sempurna antara nilai yang hebat, keselesaan yang mencukupi, dan lokasi yang dekat di kedua-dua kota suci. Ia menawarkan penginapan yang sangat selesa dan hampir di Madinah, serta kedudukan yang dekat di Makkah, tanpa membawa anda ke kategori harga ‘mewah’. Ini adalah pakej yang direka untuk jemaah yang mencari pengalaman Umrah yang lancar, tenang, dan berbaloi dari setiap aspek.

Jarak Hotel Makkah

Sangat dekat, hanya sekitar 100 – 150 meter dari Masjidil Haram.

Jarak Hotel Madinah

Amat dekat, hanya sekitar 80 – 150 meter dari Masjid Nabawi, Kedua-dua hotel memberikan akses mudah dan pantas ke masjid, menjadikan ibadah anda lebih lancar dan fokus.

Sajian Makanan: FULLBOARD

3 kali sehari di kedua-dua hotel, Membolehkan Jemaah fokus untuk beribadah dan solat 5 waktu di Masjil haram dan Masjid Nabawi tanpa buang masa untuk mencari tempat makan.

Sesuai Untuk

✅ Gabungan terbaik antara harga, keselesaan dan lokasi.
✅ Jarak hotel yang dekat membolehkan Jemaah mengoptimumkan masa beribadah dan solat 5 waktu di Masjidilharam dan Masjid Nabawi.
✅ Sangat disyorkan untuk semua peringkat usia dari warga emas dan ahli keluarga yang membawa anak-anak kecil.

Tempah Pakej Standard Dallah

PAKEJ SAFWAH JIMAT - DARI RM 7,950

Apakah impian anda adalah untuk sentiasa berada sehampir mungkin dengan Kaabah? Pakej SAFWAH JIMAT menjadikan impian itu realiti. Anda akan menginap di hotel yang paling dekat dengan Masjidil Haram di Makkah, membolehkan anda berulang-alik dengan pantas untuk setiap waktu solat. Pakej ini adalah pintu ke kepada yang paling pakej yang paling dekat, dengan tawaran yang lebih berbaloi.

Jarak Hotel Makkah

Paling dekat, hanya sekitar 50 – 80 meter dari Masjidil Haram.

Sajian Makanan Makkah

Sarapan pagi sahaja. Lebih fleksibel dan menjimatkan.

Jarak Hotel Madinah

Sekitar 250 – 350 meter dari Masjid Nabawi.

Sajian Makanan Madinah

3 kali sehari.

Sesuai Untuk

✅ Jemaah yang mengutamakan lokasi hotel yang terdekat ke Masjidil Haram di Makkah sebagai keutamaan.
✅ Selesa dengan pilihan sarapan sahaja di Makkah untuk penjimatan.

Tempah Pakej Safwah Jimat

PAKEJ SAFWAH DALLAH - DARI RM 9,590

Pakej SAFWAH DALLAH adalah pilihan eksklusif bagi jemaah yang mahukan akses tanpa halangan ke Baitullah , dalam masa yang sama menikmati keselesaan penuh sepanjang perjalanan ibadah anda. Inilah pakej terbaik dari rangkaian pakej yang kami tawarkan bagi Jemaah yang mahukan penginapan selesa di lokasi Premium. Dengan gabungan lokasi paling strategik di Makkah dan Madinah, anda tidak perlu risau tentang masa perjalanan, sebaliknya boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah.

Jarak Hotel Makkah

Paling dekat, hanya sekitar 50 – 80 meter dari Masjidil Haram.

Jarak Hotel Madinah

Amat dekat, hanya sekitar 80 – 150 meter dari Masjid Nabawi.

Sajian Makanan

3 kali sehari di kedua-dua hotel.

Sesuai Untuk

✅ Semua peringkat umur – termasuk keluarga, pasangan, dan individu.
✅ Jemaah warga emas atau mereka yang sukar berjalan jauh.
✅ Jemaah yang mengutamakan kemudahan, keselesaan dan jarak paling hampir ke masjid.
✅ Mereka yang mahu pengalaman Umrah yang tenang, lancar dan terurus sepenuhnya.

Tempah Pakej Safwah Dallah

PAKEJ PREMIUM SELESA - DARI RM 11,190

Ini adalah puncak penawaran kami – Pakej PREMIUM SELESA. Direka Khas untuk Keselesaan dengan Penginapan Eksklusif di lokasi premium Bertaraf 5 Bintang di Makkah dan Madinah. Pilihan terbaik untuk anda yang mengutamakan ketenangan, kemudahan, dan keselesaan penginapan yang eksklusif sepanjang perjalanan Umrah. Jarak hotel yang sangat dekat ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan memastikan anda memperolehi waktu ibadah yang sangat optimum.

Jarak Hotel Makkah

Sepaling hampir, hanya sekitar 50 – 80 meter dari Masjidil Haram. Servis hotel bertaraf premium, dengan kemudahan lengkap.

Jarak Hotel Madinah

Amat berhampiran, hanya sekitar 80 – 100 meter dari Masjid Nabawi. Servis hotel bertaraf premium, dengan kemudahan lengkap.

Sajian Makanan

3 kali sehari di kedua-dua hotel.

Keistimewaan Tambahan

Selain lokasi hotel yang terdekat, pemilihan penginapan yang lebih berkualiti dan sajian international fullboard.

Sesuai Untuk

✅ Anda yang ingin perjalanan dan pilihan hotel lebih eksklusif dan premium.
✅ Anda yang mahukan jarak hotel yang sangat dekat dengan Haramain.
✅ Anda yang mahukan perkhidmatan penginapan dan sajian yang terbaikJemaah yang mencari pengalaman Umrah yang lebih eksklusif dan selesa, di mana setiap aspek perjalanan diatur dengan teliti untuk ketenangan minda.

Tempah Pakej Premium Selesa

1. Apakah perbezaan utama Pakej Umrah Ramadhan Awal dan Akhir Rayhar?

Umrah Awal Ramadan lebih tenang dan selesa, Umrah Akhir Ramadan pula jemaah dapat mengejar Malam Lailatul Qadar. kedua-duanya istimewa, Rayhar Travels uruskan dengan susunan terbaik dari segi hotel, penerbangan hingga bimbingan mutawwif dan sebagainya.

2. Adakah Pakej Umrah Ramadhan Rayhar sesuai untuk warga emas?

Ya, sangat bersesuaian. Rayhar Travels mengambil kira keperluan warga emas dari segi jarak hotel, susunan perjalanan dan bimbingan mutawwif yang sabar serta berpengalaman.

3. Adakah Solat Tarawih dan Qiamullail di Masjidil Haram lebih mudah dengan pakej Rayhar?

Solat Tarawih dan Qiamullail adalah dilaksanakan secara bersendiri. Rayhar Travels tidak menetapkan syarat-syarat tertentu untuk melaksanakan Solat Tarawih mahupun Qiamullail.

4. Adakah jarak hotel berdekataan dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi?

Ya, hotel yang dipilih oleh Rayhar Travels berada sangat dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi memudahkan jemaah berulang-alik untuk ibadah sepanjang Ramadhan.

5. Macam mana kalau nak buat Umrah kali pertama, Rayhar ada kursus ke?

Ya, Kursus Umrah akan diadakan di Malaysia sebelum tiba musim Ramadhan.

6. Bilakah masa terbaik untuk daftar Umrah Ramadhan?

Jemaah perlu membuat pendaftaran seawal mungkin sebaik sahaja pakej Ramadhan dikeluarkan kerana dikhuatiri pakej akan penuh.

7. Pakej Umrah Rayhar termasuk sahur dan iftar?

Ya, pakej Umrah Ramadhan Rayhar Travels sudah termasuk sahur dan iftar untuk memudahkan jemaah menjalani ibadah puasa.

8. Berapa hari tempoh pakej Umrah Ramadhan biasanya?

Rayhar Travels menyediakan pelbagai variasi pilihan tempoh umrah untuk jemaah.

9. Bolehkah saya nak pergi Umrah pada akhir Ramadhan dan merayakan Aidilfitri di Makkah?

Ya, boleh. Rayhar Travels menyediakan pakej Umrah akhir Ramadhan yang membolehkan jemaah menyambut Aidilfitri di Makkah.

10. Apa yang buat ramai pilih Rayhar untuk Umrah Ramadhan?

Ramai memilih Rayhar Travels untuk Umrah Ramadhan kerana tarikh penerbangan yang disusun sangat strategik, menepati keperluan jemaah sama ada yang ingin berangkat pada awal atau akhir Ramadhan.

Selain itu, Rayhar memastikan pengalaman umrah berjalan lancar dengan hotel berdekatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bimbingan mutawwif berpengalaman, serta jadual perjalanan yang tersusun rapi bagi memudahkan jemaah beribadah dengan tenang.